Sunday, November 23, 2014

KARNIVAL UPIN IPIN DI PICC PUTRAJAYA

Alkisah throwback cerita semalam yang mana saya & suami berpeluang membawa Hannah ke Karnival Upin Ipin di PICC Putrajaya semalam.

KARNIVAL UPIN IPIN

Cadangnya nak ke sana awal pagi sebab nak sampai ke sana sebelum tengahari. Tapi biasa la nama pun hari minggu kan..settle sarapan dalam jam 11 lebih barulah bertolak ke sana menggunakan pertolongan En. GPS & Waze.

Dalam perjalanan ke PICC, Putrajaya


Hannah sangat behaved sepanjang perjalanan sehingga ke sampai rumah. Alhamdulillah

Sampai di sana dah jam 12.30 tengahari & semestinya parking adalah full. Nasib agak baik bila mana ada ruang parking yang kosong walaupun agak jauh terpaksa juga parking di situ sebab tiada jaminan parking akan ada jika meneruskan perjalanan sehingga berdekatan PICC tersebut. Ini adalah disebabkan banyak event di adakan di PICC antaranya adalah Majlis Konvokesyen Kolej MAHSA. Dari tempat parking kami boleh nampak ye betapa penatnya kami akan menapak ke PICC tu & semestinya berat boleh turun barangkali dalam 2kg gitu.

Haaa...jauh kan nak berjalan masuk ke PICC

Demimu anak, saya tak kisah pun walau terpaksa berjalan di tengah panas, mendaki bukit yang tinggi, bersesak-sesak dengan lautan manusia kerana yang penting adalah untuk menggembirakan hati Hannah. Lagipun dah lama babahnye asyik bekerja pada hari minggu. Sekali-sekala bila bercuti pada hari minggu wajiblah manfaatkan dengan sebaik mungkin. Hannah baik jek duduk atas buggy, sebab tu dia tak meragam sebab tak penat & tak panas.

Muka happy nak tengok Upin Ipin

So, nasihat saya kalau anda nak ke event yang besar-besar & crowded macam ni eloklah kiranya anda membawa bersama stroller @ buggy, kipas & air masak yang mencukupi untuk mengelakkan anak anda meragam. Setelah penat mendaki bukit yang tinggi sampai ke PICC kena meredah lautan manusia pula untuk naik lif.


Inilah bukitnya..tinggi tau!!


Apabila sampai ke tempat yan dituju memang perlukan kesabaran pada tahap palin maksimum untuk melalui lautan manusia & memasuki ke dalam dewan tempat penganjuran Karnival Upin & Ipin itu. Terpaksa pasrah & redha meninggalkan buggy Hannah diluar dewan sebab memang takde ruang nak bawa masuk. Suasana dalam dewan ibarat macam lirik lagu ni.."senyum..tak perlu kata apa-apa" sebabnye memang penuh dengan orang ramai & booth-booth Upin Ipin dan lain-lain.

Masa ni jam lebih kurang 1 lebih tengah ada show Ultraman.

Saya hanya mampu membontoti En. Husband manakala Hannah didukung oleh babahnya. Alhamdulillah berkat kesabaran kami dapat juga tempat di depan pentas pertunjukkan. Seronok habis Hannah dapat tengok Upin Ipin & Kawan-kawan serta Ultraman depan matanya walaupun selama ni dia tak pernah minat dengan Ultraman. 

Maskot Upin Ipin

Sebenarnya masa pertunjukkan Ultraman adalah pada jam 1 tengahari & 4 petang. Tapi disebabkan sukar untuk mendapat tempat jadi kami hanya berlegar di dalam dewan sahaja selama beberapa jam tersebut. 

Hannah dalam cubaan untuk bersalaman dengan maskot tapi tak bepeluang

Saya sangat gembira & sebak di hati sebab dapat membahagiakan Hannah. She really enjoyed!! Hannah langsung tak merengek atau merungut ketika di karnival. Nampaknya nanti boleh bawa Hannah lagi ke event seperti ini. Banyak aktiviti yang diadakan sebenarnya seperti sesi bersama Kak Ros, acara mengambil gambar bersama Maskot & games yang diadakan oleh Team Banana TV9.
 
Di akhir persembahan Ultraman sempat bergambar di atas pentas utama

Kesimpulannya..apabila anak happy, parents pun akan lebih happy sebab dapat tunaikan permintaan anak-anak. Apa yang palin penting ibu bapa perlu sentiasa memegang tangan anak & jangan biarkan mereka bergerak sendiri walaupun sudah boleh berdikari kerana keadaan yang sesak dengan orang ramai boleh membuatkan anak-anak hilang dari pandangan sekelip mata. Bagi saya ini adalah pertama kali saya membawa Hannah ke event yang sesak macam ni tapi Hannah really a good girl, behaved & sangat memberi kerjasama, then i think saya boleh membawanya ke event lain pula selepas ini. In shaa Allah..

2 comments:

anmashealthcare said...

best nya dia dapat jumpa upin ipin :D


:: anmashealthcare.blogspot.com ::

Suzaini Ismail said...

Happy dia sis..Esoknya seronok 1 hari dok bercerita kat babysitternya..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...