Wednesday, November 5, 2014

KAWAL PENYAKIT ANDA DENGAN MAKANAN

Sebenarnya amat sukar untuk kita mengawal nafsu makan tambah-tambah lagi bila anda memang seorang penggemar makanan. Mana mungkin anda akan menolak setiap makanan yang ada depan anda kan. Akibatnya, jika tidak dikawal akan menyebabkan pelbagai penyakit hinggap pada anda seperti diabetis, darah tinggi, penyakit jantung dan lain-lain.

Namun, ada beberapa jenis makanan yang tidak akan 'menganiaya' tubuh badan anda sebaliknya membantu anda mengawal selera anda. Di entry kali ni saya senaraikan 5 jenis makanan yang sesuai di ambil dalam diet harian anda.

1)   OAT

KAWAL PENYAKIT DENGAN MAKANAN

Hanya dengan 2 hidangan oat mampu menurunkan kolesterol LDL sebanyak 5% dalam masa 6 minggu. Kunci utama untuk membunuh kolesterol adalah beta-glucan di mana oat ini mampu menyerap LDL & menyingkirkan lemak dari badan.

2)   CENDAWAN

KAWAL PENYAKIT DENGAN MAKANAN


Sejenis sayuran yang mencegah lemak dan juga penggalak imun yang mampu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih. Jumlah yang disyorkan setiap hari adalah 1/4 kepada 1 auns di mana anda boleh menambahkan cendawan ini ke dalam sayur kegemaran anda, pasta ataupun telur dadar.

3)   ASPARAGUS

KAWAL PENYAKIT DENGAN MAKANAN

Sayur yang rangup ini membekalkan inulin, satu serat khas yang membantu bakteria baik di dalam saluran penghadaman kita. Asparagus yang di gril atau hanya dimakan dengan krim sup boleh menaikkan mood.

4)   PISANG

KAWAL PENYAKIT DENGAN MAKANAN

Saiz pisang yang sederhana membekalkan tenaga berpanjangan selain menahan lapar dalam masa yang lama. Kandungan Vitamin B6 membantu otak menghasilkan serotonin. Lebih banyak serotonin yang dihasilkan, semakin kurang rasa tekanan @ kegusaran. Hidangan seperti muffin pisang atau kek pisang memadai untuk diet anda.

5)   BAWANG

KAWAL PENYAKIT DENGAN MAKANAN

Ada sesetengah negara yang menganggap bawang mampu mengubati pelbagai penyakit bermula dari diabetis sehinggalah kepada rawatan untuk meningkatkan prestasi olahraga. Bau yang terdapat pada bawang juga mampu menentang penyakit kardiovaskular. Memasukkan bawang di dalam masakan mampu menambah rasa pada masakan yang boleh menentang rasa cepat lapar.

Tidak dinafikan majoriti rakyat Malaysia memang tidak boleh tinggalkan nasi dalam pemakanan mereka. Walau bagaimanapun dengan melebihkan pengambilan makanan-makanan di atas dapat membantu anda mengurangkan kuantiti nasi lebih-lebih lagi untuk hidangan makan malam. Diharapkan sedikit sebanyak info ini dapat membantu anda menangani masalah kesihatan dan mengelakkan daripada penyakit-penyakit yang berbahaya.

~SELAMAT MENCUBA~

1 comment:

Mama iskh vitamin terbaik said...

Saya suka aparagus memang sedap.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...