Friday, November 14, 2014

5 CARA KEMPISKAN PERUT

Memiliki perut buncit bukan lagi perkara asing bagi golongan wanita & lelaki. Hal ini terjadi disebabkan tidak menjaga & mengamalkan pemakanan yang sihat & juga tidak mengamalkan senaman yang bersesuaian. Bagi golongan wanita perut buncit akan sedikit sebanyak merosakkan personaliti terutama bagi mereka yang berkerjaya. Bagi lelaki pula , mereka yang memiliki perut buncit atau boroi dikatakan lebih 'bahagia' dan mempunyai 'saham' yang lebih tinggi. Betul ke???




Walau apa pun pendapat keadaan perut buncit ini tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh membawa kepada pelbagai penyakit jika tidak dijaga dengan baik. Di sini saya kongsikan 5 cara untuk mengempiskan perut tetapi dengan bersyarat iaitu ia perlu dilakukan dengan konsisten & penuh disiplin.

5 CARA KEMPISKAN PERUT

CARA 1  :  MAKAN MAKANAN YANG BETUL

Untuk mengempiskan perut kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam pemakanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Pemakanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, vitamin & mineral, 'lean protein', ikan & teh hijau.

CARA 2  :  TINGGALKAN MAKANAN RINGAN

Makanan ringan & makanan segera adalah sangat tidak baik untuk kesihatan & akan membuatkan lemak terkumpul di bahagian perut jika diambil secara berlebihan. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makanan bergoreng, makanan segera & apa jua makanan berlemak.

CARA 3  :  BERHENTI MAKAN LEWAT MALAM

 Kebanyakan daripada kita akan tidur selepas makan pada lewat malam. Hal ini adalah disebabkan kadar metabolisme & sistem penghadaman semakin menurun & akan menyebabkan kita cepat letih serta mengantuk. Lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur. So, amalan makan di tengah malam amatlah tidak digalakkan.

CARA 4  :  KURANGKAN MINUMAN BERSODA, JUS ATAU BERGULA

Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori & akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Sungguhpun jus buah-buahan asli contohnya banyak khasiat tetapi sebaiknya di ambil secara berkala dalam proses mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula & banyakkan air kosong atau air mineral.

CARA 5  :  LAKUKAN SENAMAN KARDIO

Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori dengan lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio adalah sepeti jogging, berjalan & menaiki tangga.

Cuba anda praktiskan kelima-lima cara atau tips ini dengan berterusan & berdisiplin. Pasti anda akan mendapat perut yang cantik dan slim sahaja lepas ini. SELAMAT MENCUBA!!!

Sumber

3 comments:

Nurhaziq Abdul Hafiz said...

mana mana lelaki dan perempuan yang ada perut buncit tu, sesuai sangat buat cara cara di atas. Jogging adalah perkara yang terbaik untuk kempiskan perut.

Unknown said...

Nice sharing..wajib cuba ni..malu oi perut muncit..hihi

Jemput baca: RAWATAN ASLI PUTIHKAN KETIAK YANG BERKARAT DENGAN BERKESAN

NAMI said...

info yang terbaik.. kena lakukann sit up jugak

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...