Walau apa pun pendapat keadaan perut buncit ini tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh membawa kepada pelbagai penyakit jika tidak dijaga dengan baik. Di sini saya kongsikan 5 cara untuk mengempiskan perut tetapi dengan bersyarat iaitu ia perlu dilakukan dengan konsisten & penuh disiplin.
5 CARA KEMPISKAN PERUT
CARA 1 : MAKAN MAKANAN YANG BETULUntuk mengempiskan perut kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam pemakanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Pemakanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, vitamin & mineral, 'lean protein', ikan & teh hijau.
CARA 2 : TINGGALKAN MAKANAN RINGAN
Makanan ringan & makanan segera adalah sangat tidak baik untuk kesihatan & akan membuatkan lemak terkumpul di bahagian perut jika diambil secara berlebihan. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makanan bergoreng, makanan segera & apa jua makanan berlemak.
CARA 3 : BERHENTI MAKAN LEWAT MALAM
Kebanyakan daripada kita akan tidur selepas makan pada lewat malam. Hal ini adalah disebabkan kadar metabolisme & sistem penghadaman semakin menurun & akan menyebabkan kita cepat letih serta mengantuk. Lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur. So, amalan makan di tengah malam amatlah tidak digalakkan.
CARA 4 : KURANGKAN MINUMAN BERSODA, JUS ATAU BERGULA
Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori & akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Sungguhpun jus buah-buahan asli contohnya banyak khasiat tetapi sebaiknya di ambil secara berkala dalam proses mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula & banyakkan air kosong atau air mineral.
CARA 5 : LAKUKAN SENAMAN KARDIO
Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori dengan lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio adalah sepeti jogging, berjalan & menaiki tangga.
Cuba anda praktiskan kelima-lima cara atau tips ini dengan berterusan & berdisiplin. Pasti anda akan mendapat perut yang cantik dan slim sahaja lepas ini. SELAMAT MENCUBA!!!
Sumber
3 comments:
mana mana lelaki dan perempuan yang ada perut buncit tu, sesuai sangat buat cara cara di atas. Jogging adalah perkara yang terbaik untuk kempiskan perut.
Nice sharing..wajib cuba ni..malu oi perut muncit..hihi
Jemput baca: RAWATAN ASLI PUTIHKAN KETIAK YANG BERKARAT DENGAN BERKESAN
info yang terbaik.. kena lakukann sit up jugak
Post a Comment